Keputusan
PRU13 pada 5 Mei lalu menyaksikan persaingan sengit di antara BN dan PR.
Sementara BN menguasai 133 kerusi Parlimen, lebih 44 daripada pembangkang,
analisisyang dibuat Sinar Harian mengenai pecahan undi menunjukkan dari segi
undi popular bagi kerusi Parlimen pula, PR mendapat lebih 300,000 undi.
Bersandarkan
kepada analisis itu, PR didapati mendominasi semua kawasan ibu negeri, kecuali
di Kangar dan Johor Bahru, yang dikuasai BN.
Antara kawasan
ibu negeri yang dimenangi PR adalah Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu,
Ipoh, Tanjong, Kuantan, Shah Alam, Seremban, Kota Melaka, Kota Kinabalu dan
Kuching.
PR juga
berjaya mengekalkan dominasi di Wilayah Persekutuan dengan memenangi sembilan
daripada 13 kerusi yang dipertandingkan. BN menang di kawasan Parlimen
Putrajaya, Labuan, Setiawangsa dan Titiwangsa.
Bagi kerusi
Parlimen Selangor pula, PR berjaya mengekalkan dominasi kawasan bandar dan
pinggir bandar, iaitu di Petaling Jaya, Serdang, Ampang, Puchong, Kelana Jaya,
Gombak, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang dan Kota Raja.
BN menang di
kawasan luar bandar, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Hulu
Selangor dan Kuala Selangor.
Negeri
Sembilan turut mencatat kemenangan PR di kawasan bandar, iaitu di Seremban dan
Rasah, manakala BN unggul di kawasan luar bandar seperti Jelebu, Jempol, Kuala
Pilah, Rembau dan Tampin.
Secara
keseluruhan, PR dilihat mempunyai sokongan yang kuat di kawasan bandar sehingga
berjaya menang hampir kesemua ibu negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Kekuatan ini dibantu oleh sokongan pengundi bukan Melayu kepada calon-calon PR,
terutama bagi kerusi yang ditandingi DAP.
Bagaimanapun,
BN masih didapati dominan di luar bandar, terutama di kawasan pendalaman, Felda
dan pinggir bandar.
Antara faktor
yang dilihat menyukarkan PR untuk menembusi kawasan luar bandar adalah halangan
maklumat untuk sampai kepada pengundi, khususnya di kawasan yang tiada
kemudahan internet.
Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat, pengundi PRU13 terbahagi
kepada dua, iaitu yang membawa harapan demokrasi dan harapan pembangunan.
"Keputusan
PRU13 menyaksikan jika kawasan-kawasan yang majoriti penduduknya meletakkan
harapan pembangunan itu lebih tinggi, di situlah BN menang.
"Walaupun
BN memang pakar menjaga harapan pembangunan, namun ia masih perlu bekerja keras
untuk menangani harapan demokrasi. Ini kerana, jika di situ majoriti pengundi
lebih meletakkan harapan kepada demokrasi, BN akan kalah," katanya. –
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment