KUALA LUMPUR -
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang menggesa Pengerusi DAP
Kebangsaan Karpal Singh supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak
mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.
"Karpal
Singh sebagai seorang peguam dan anggota parlimen patut faham mengenai
perlembagaan negara, beliau harus tengok apa yang dikatakan oleh perlembagaan,
jangan buat kenyataan yang mengelirukan rakyat.
"Saya
nasihatkan semua pihak fahamilah perlembagaan itu, ia telah diterima pakai
sejak kita merdeka lagi dan yang membuat negara berjaya dan aman sehingga ke
hari ini," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Yang
Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua di Parlimen, di sini hari ini.
Beliau berkata
demikian ketika diminta mengulas cadangan Karpal baru-baru ini agar
Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara kerana kewujudan
institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh serta hanya membazir. –
Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment