KUALA LUMPUR -
MIC masih relevan sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN), sekali gus
untuk mewakili kaum India di negara ini meskipun pencapaian parti itu pada
pilihan raya umum ke-13 kurang memberangsangkan, kata Pengarah Strategik MIC S.
Vell Paari.
"Ramai
yang berkata MIC tidak relevan...bagi saya jika tidak relevan, orang tidak akan
bercakap mengenai MIC dan bila mereka tidak henti bercakap mengenai MIC,
faktanya ia relevan.
"Buktinya
bila ada sesuatu yang salah atau tidak betul mengenai sesuatu perkara, orang
akan tanya mana MIC...mana suara MIC...orang akan cari MIC," katanya
kepada Bernama selepas rakaman program Helo Malaysia edisi Tamil terbitan
BernamaTV di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Dalam pada
itu, beliau menjangkakan pemilihan parti akan dijalankan pada tahun ini bagi
mendapat mandat baharu daripada anggota MIC setelah ditangguhkan sejak Mac
tahun lepas.
"Untuk
organisasi bertambah baik, maju dan berkembang dan dalam usaha untuk memenuhi
keperluan masyarakat, proses demokratik perlu diteruskan.
"Pemilihan
parti adalah sangat penting kerana bila adanya pemilihan, semua orang akan
bekerja keras untuk mempertahankan kedudukan mereka, bukan hanya "goyang
kaki". Dalam pemilihan anda akan ketengahkan pemimpin baru," katanya.
– Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment