Barisan Nasional (BN) terus diberi
mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi
Parlimen pada PRU13 yang lalu sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR,
DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.
Pada PRU12 di bawah kepimpinan Tun
Abdullah Ahmad Badawi, BN memenangi 140 kerusi Parlimen.Pada PRU13, rakyat
Malaysia masih lagi mengundi dalam pilihan raya yang disertai pelbagai parti
yang menyaksikan 11,257,147 juta (84 peratus) daripada 13,268,002 pengundi
berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Parlimen.
Dari segi undi popular, daripada
keseluruhan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya pelbagai parti
itu, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi sebanyak 5,237,699;
kedua, PKR (2,254,328), ketiga, DAP (1,736,267), keempat, Pas (1,633,389)
manakala parti-parti lain dan Bebas (192,904).
Bagaimanapun, DAP yang berada di tempat
ketiga dari segi jumlah undi telah memperoleh 38 kerusi Parlimen, iaitu jauh
lebih tinggi daripada PKR.
Berdasarkan analisis Sinar Harian
mengenai keputusan pengundian PRU13, BN memperolehi undi popular di Perlis,
Kedah dan Perak berbanding PR.
Di Kedah, Umno berjaya menguasai negeri
itu dengan memperoleh undian sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus.
Manakala, Pas dan PKR pula hanya
memperolehi sekitar 24.2 peratus. Perlis juga menjadi kubu kuat Umno kerana
memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen yang dipertandingkan dengan memperolehi
64,192 undi bersamaan 55.55 peratus.
Umno juga mendominasi Perak apabila
memperolehi undi sebanyak 277,859 bersamaan 24.64 peratus mengatasi undi parti
lain. Calon BN tewas di beberapa kawasan kerana bilangan pengundi kaum Cina
yang ramai.
DAP pula mendapat 261,882 undi, manakala
Pas dan PKR masing mendapat 109,913 dan 244,073 undi di Perak.
Bagaimanapun, di Pulau Pinang
terutamanya di kawasan bandar dikuasai DAP yang memenangi kesemua enam kerusi
Parlimen dan memperoleh undian tertinggi berbanding parti-parti lain.
Sebanyak 13 kerusi Parlimen yang
dipertandingkan Pulau Pinang, hanya enam kerusi sahaja dimenangi DAP tetapi
jumlah undiannya iaitu 272,664 bersamaan 37.72 peratus berbanding PKR hanya
lima kerusi iaitu 177,896 bersamaan 24.61 peratus.
Umno yang bertanding di lima kerusi di
Pulau Pinang hanya memperoleh 118,613 undian bersamaan 16.41 peratus.
Agak mengejutkan apabila analisis
mendapati Umno mendominasi peratusan
undian di kubu kuat Pas di Kelantan iaitu 49.8 peratus berdasarkan jumlah
undian sebanyak 402,503 untuk kerusi Parlimen.
Pas memperoleh 41.1 peratus dengan
332,407 jumlah undi. Bagaimanapun, PKR tewas di ketiga-tiga kerusi yang
ditandingi dan hanya mendapat 9 peratus undian dengan 73,071 undian sahaja.
Rekod kerusi Parlimen di Terengganu pula
menunjukkan Umno mendahului dalam kutipan jumlah undian, iaitu 283,455 dengan
51.5 peratus, hasil daripada kemenangan empat daripada lapan kerusi yang
ditandingi.
Pas pula memperoleh 42.5 peratus dengan
jumlah undi 233,893, manakala PKR tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di Terengganu.
Umno turut merekodkan pencapaian tertinggi mendahului parti lain dengan 55.5
peratus atau 337,896 undi, berdasarkan kemenangan 10 kerusi yang ditandingi di
Pahang.
Ini diikuti PKR yang mencatat 17.7
peratus dan memenangi tiga daripada lima kerusi yang ditandingi, sementara Pas
merekodkan peratusan 17.2 peratus (104,743 undi).
DAP di Pahang tidak mendapat sambutan,
di mana parti itu hanya memenangi satu daripada tiga kerusi Parlimen yang
ditandingi dengan jumlah undi dipungut sebanyak 59,027 undi.
Di Selangor, PKR mendominasi kerusi
Parlimen apabila memenangi sembilan daripada 11 kerusi ditandingi dengan jumlah
550,950 undi. Namun, pengaruh Umno tetap tidak boleh dinafikan kerana parti itu
berjaya memporehi 335,406 undi berbanding Pas (270,506) dan DAP (253,302).
Di Wilayah Persekutuan, DAP
memperlihatkan penguasaan apabila memenangi kesemua lima kerusi Parlimen
ditandinginya dengan 229,337 undi. Pengaruh PR di Wilayah Persekutuan juga
dibuktikan dengan jumlah undi dimenangi PKR iaitu 154,457 undi mengatasi Umno
(127,771 undi) walaupun kedua-dua parti menang empat kerusi.
Di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,
pengaruh Umno ternyata masih belum boleh digugat. Jumlah kerusi dan undi yang
dimenangi parti ini tetap mendahului PR dengan peratusan melebihi 40 peratus di
setiap negeri.
Sabah
terus kekal menjadi negeri simpanan tetap Umno berdasarkan analisis
mendapati parti itu mendominasi
keseluruhan kerusi Parlimen dengan peratusan 88.2 peratus, manakala PKR hanya
menang satu kerusi dengan jumlah 22,598 undi dengan peratusan 7.2 peratus
manakala DAP hanya mendapat 14,226 undi atau 4.5 peratus.
Umno tidak ada di Sarawak tetapi neheri
itu kekal sebagai kubu kuat BN.
Analisis juga mendapati jumlah undian
rakyat di Sarawak terhadap DAP ialah
139,480 undi, manakala PKR memperoleh 26,909 undian hasil kemenangan satu
kerusi.
Secara keseluruhan, Umno dan BN masih
lagi kekal sebagai popular hampir di kesemua negeri, kecuali Selangor, Pulau
Pinang dan Wilayah Persekutuan.
Ini diikuti oleh DAP yang masih kekal
mendominasi di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, manakala dominasi PKR
kekal di Selangor.
Umno kekal mendominasi di peringkat
Parlimen kerana mampu untuk mendapat 3,416,310 undi dari 120 kerusi yang
ditandingi dan mereka berjaya menang 88 daripadanya.
Manakala DAP pula mendapat 1,386,404
dari 51 kerusi Parlimen yang ditandingi, jumlah ini membuktikan bahawa DAP
adalah parti yang masih popular dan menjadi pilihan kepada pengundi bukan
Melayu khususnya di kawasan bandar. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment