PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR,
Rafizi Ramli menyatakan pandangannya yang tidak bersetuju dengan hasrat pihak
tertentu mahu menggunakan jalan raya untuk menggulingkan kerajaan.
Bagaimanapun katanya, bagi mengelakkan
perkara itu berlaku, kerajaan tidak boleh menggunakan kekerasan sebaliknya
perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan mengembalikan kepercayaan kepada
rakyat.
“PR tidak terlibat (dengan cara ini),
tapi secara peribadi saya kurang setuju untuk gulingkan kerajaan menggunakan
jalan raya.
“Tapi kita faham, sebab apa ada rakyat
yang berkeras mahu guna jalan raya kerana mereka tidak percaya dengan pilihan
raya di negara kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, sebagai kerajaan yang
bertanggungjawab, disarankan tidak menggunakan tindak balas kekerasan kerana ia
hanya akan menambahkan kemelut yang melanda rakyat.
“Orang muda yang tidak percaya dengan
pilihan raya akan percaya dengan jalan raya, mereka lakukan kerana tidak
percaya dengan SPR. Mereka meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada SPR, tapi
apabila dilihat SPR tidak mampu memberikan kerjasama untuk siasat secara
bersih, mereka terpaksa memilih untuk ke jalan raya.
“Ini masanya kerajaan jalankan siasatan
bersih untuk kembalikan kepercayaan rakyat. Rakyat bukan berminat untuk guna
kekerasan, tapi sudah hilang keyakinan,” katanya yang juga Ahli Parlimen
Pandan.
Beliau berkata demikian mengulas
tindakan kumpulan aktivis termasuk mahasiswa yang dilaporkan menggesa orang
ramai turun ke jalan raya bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam
pilihan raya 5 Mei lalu.
Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim
yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu kini ditahan reman dan disiasat
mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.
Menurut peguam mewakilinya, Eric Paulsen
memberitahu bahawa Adam disiasat kerana terlibat dalam perbuatan menjejaskan
Demokrasi Berparlimen yang merupakan satu jenayah mengikut pindaan Kanun
Keseksaan yang dikuatkuasa akhir tahun lalu.. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment