DUNGUN -
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim sudah kemaruk kuasa ekoran tindak-tanduknya kebelakangan ini
termasuk mendakwa beliau sudah menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menurut
Timbalan Perdana Menteri, berdasarkan maklumat yang diterimanya, Anwar telah
mengadakan sidang akhbar yang memaklumkan kemenangannya itu tetapi pada masa
sama, Ketua Pembangkang itu juga takut Barisan Nasional (BN) akan membawa
pengundi dari tempat lain.
"Dia
kata ada kapal terbang turun di Selangor (membawa pengundi hantu) dan menyorok
di mana? Macam tak betul dah kepala dia, maaf saya cakap begitu," katanya
ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri kira-kira
7,000 orang di Arena Merdeka di sini hari ini.
Timbalan
Perdana Menteri berkata, beliau juga dimaklumkan mengenai dakwaan pembangkang
kononnya pesawat Malaysia Airlines System (MAS) dan AirAsia akan membawa 70,000
penduduk dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi di Semenanjung.
"Ada
juga kata, nak bawa pengundi dari Bangladesh, mana boleh mereka mengundi,
mereka bukan warganegara kita," katanya.
Muhyiddin
menegaskan, beliau adalah orang yang paling layak untuk membuat analisis
mengenai pilihan raya kali ini kerana bertindak sebagai Pengarah Pilihan Raya
BN peringkat kebangsaan.
Beliau
berkata, hasil kunjungannya ke negeri-negeri termasuk di Terengganu hari ini,
sambutan 'gelombang merah dan biru' sangat memberangsangkan bagi menghadapi
Pilihan Raya Umum Ke-13. –UTUSAN
ONLINE
No comments:
Post a Comment