BUKIT
GANTANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Penasihat
DAP, Lim Kit Siang seorang yang 'buta' kerana terus melakukan fitnah mengatakan
kononnya Malaysia hanya untuk orang Melayu sahaja.
Berucap dalam
majlis ceramah yang dihadiri lebih 5,000 orang di Dataran Simpang di sini malam
tadi, Dr. Mahathir berkata, tohmahan Kit Siang itu membuktikan hakikat bahawa
pemimpin tersebut sememangnya seorang yang rasis.
Menurut
beliau, pemimpin DAP termasuk Kit Siang sengaja melemparkan fitnah seumpama itu
semata-mata mahu orang Cina membenci orang Melayu dan akhirnya undi Cina akan
berpihak pada parti tersebut.
"Pemimpin
DAP ini (Kit Siang) matanya buta. Tak nampakkah bangunan pencakar langit yang
ada di Ipoh, Pulau Pinang dan Johor. Apakah ini semua milik orang Melayu?
adakah hanya Melayu dapat nikmat? Itu tidak benar, satu fitnah.
"Kaum
Cina pun ada rumah besar, ada bangunan besar dan perniagaan besar-besaran
seperti Tan Sri Vincent Tan, sama juga dengan kaum India seperti Datuk Seri
Tony Fernandes yang memiliki 100 kapal terbang," katanya.
Yang turut
hadir ialah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Gantang, Datuk Ismail
Sapian dan ketiga-tiga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Datuk
Rosli Husin (Changkat Jering), Dr. Zabry Abdul Wahid (Trong) dan Loh Swee Eng
(Kuala Sepetang). - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment