Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al
Quds Malaysia berkat, untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan
Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.
"Kegagalan penyatuan di antara Umno
dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan
peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan
daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan
Hubungan Luar (IDFR), di sini.
Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya
bertema 'In Search of Human Security - Islamic Diplomacy and the Way Forward'
berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai
puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.
"Mereka (terdiri daripada pelbagai
kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis
yang pertama.
"Ini benar-benar menunjukkan bahawa
masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada
pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda
berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya.
Forum sehari itu dianjurkan dengan
kerjasama Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba
Foundation, United Kingdom, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan
Institut Diplomatik Qatar.
Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman
yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam
mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.
Ia juga menekankan pendekatan diplomatik
termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan
penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan. – Bernama/Sinar
Harian
No comments:
Post a Comment