KUALA LUMPUR - Hanya dengan menubuhkan sebuah
jawatankuasa yang benar-benar adil saksama, anggotanya terdiri daripada wakil
dua parti utama negara, barulah pilihan raya akan datang boleh dilaksanakan
dengan bersih.
Menurut wakil Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas),
Keeran Sivarajah, lantikan pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mestilah
dibuka kepada semua dan bukannya ditentukan oleh pihak-pihak tertentu.
"Ideas memang mencadangkan sebuah agensi bebas
yang duduk di bawah Parlimen.
"Sekarang ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
berada di bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya pada Seminar Pasca PRU13
: Ke Arah Mana Politik Malaysia, di sini, hari ini.
Jelasnya, apa yang paling penting ialah, sebuah
suruhanjaya itu mestilah memenuhi keyakinan rakyat.
"Jika Parlimen pada hari ini mendapati SPR
tidak telus, maka SPR mesti direformasikan," tegas beliau.
Keeran sebelum itu ditanya peserta seminar,
bagaimana negara pada pilihan raya akan datang bebas daripada amalan penipuan
yang didakwa berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Kita mencadangkan SPR yang baru di mana-mana
ahli SPR dilantik secara terbuka. Sesiapa rasa layak untuk menjadi pesuruhjaya
SPR, layak untuk memohon," katanya.
Sementara itu, Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr
Mohammad Redzuan Othman ketika ditanya soalan sama, meminta hadirin menimbang
dari aspek jumlah peratusan keluar mengundi luar biasa pada pilihan raya lalu.
"Di negara Turki, pilihan raya adalah
diwajibkan, tetapi hanya 83 peratus keluar mengundi. Namun, di Malaysia, tidak
wajib, yang keluar hanya mengundi 89 peratus.
"Tapi kalau begitu ramai kerana kesedaran
baguslah," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
-Sinar Harian
No comments:
Post a Comment