SHAH ALAM – Kejayaan DAP dalam Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) dikaitkan dengan pendekatan ‘centrist’ yang mula diamalkan parti
itu sejak tahun 2006.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir
Johari memberitahu hadirin pada wacana siri ke-20 anjuran Sinar Harian yang
mengupas topik Pasca PRU13 : Ke Mana Haluan Politik Melayu, semalam.
Menurut Zairil, kira-kira lima dekad lalu, DAP
hanyalah sebuah parti pinggiran yang turut tidak mendapat sokongan kaum Cina.
“Ya, memang kebanyakan ahli DAP dari masyarakat
Cina. Itu memang tidak dinafikan. Cuma, kita kena faham. Dalam tahun 60-an,
70-an, 80-an, akses kepada media memang kosong. Melainkan apabila melaungkan
atau mengambil isu-isu yang sangat 'sensational'.
“Kerana itu, ia menampakkan DAP hanya parti
pinggiran. Sama juga seperti PAS yang terpaksa menjadi parti pinggiran kerana
tidak mendapat ruang dalam media massa. Kami tak berpeluang akses kepada media.
Kami hanya kendalikan isu pinggiran,” katanya.
Malah menurutnya, sebelum tahun 2008 sekalipun, DAP
tidak menjadi pilihan kaum Cina sendiri.
“Sebelum 2008, untuk masyarakat Cina kelas
pertengahan, bagimereka pun, DAP bukan pilihan. Tahun 2003, 2005... masuk DAP?
Undi DAP pun tidak mungkin. Itu yang DAP tak pernah menang kerusi sebanyak yang
ada sekarang,” katanya.
Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera menjadi
panelis pada wacana anjuran Sinar Harian bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno,
Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul
Bahrin Shah Raja Ahmad.
Program kali ini dikendalikan oleh pensyarah Fakulti
Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr
Shaharuddin Badaruddin.
Beliau juga menyentuh soal perubahan yang dilakukan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada tahun 2006.
“Apa yang berlaku adalah pada tahun 2006, Lim Guan
Eng ketika menjadi Setiausaha Agung, beliau telah menukar haluan DAP daripada
sebuah parti pinggiran, kepada parti pertengahan, sederhana.
“Konsep middle Malaysia telah diperkenalkan pada
tahun 2006. Sejak itu, DAP ambil pendekatan ‘centrist’. Dengan pendekatan
inilah, baru kita dapat menarik orang India, orang Cina, orang Melayu daripada
golongan menengah,” katanya.
Tambahnya, “jadi, saya rasa politik masa depan
Malaysia adalah politik yang ‘centrist’, rasional dan berteraskan idea. Bukan
politik perkauman.”
Sementara itu, beliau juga menekankan bahawa DAP
bukan parti Cina ekoran memiliki ramai ahli parlimen dari kaum India.
“Saya juga nak menekankan selalu dikatakan DAP ini
parti Cina. Tapi hakikatnya, DAP mempunyai wakil rakyat India yang paling ramai
di Malaysia. Lebih daripada MIC sendiri selama dua penggal parlimen
berturut-turut.
“Bagi penggal ini, kami mempunyai wakil dari kaum
Kadazan, India, Cina, Melayu. Semua ada. Ini akan jadi masa depan dan hala tuju
DAP dalam masa akan datang,” katanya. -Sinar Harian
No comments:
Post a Comment