PASCA
PRU13: SEBILANGAN BESAR CINA MASIH SOKONG BN - GERAKAN
Oleh itu, ia adalah terlalu mengelirukan untuk
mewujudkan persepsi yang salah bahawa semua rakyat Malaysia keturunan Cina
mengkhianati masyarakat Melayu memandangkan terdapat juga di kalangan orang
Melayu yang menyokong pembangkang, katanya dalam satu kenyataan.
Tan berkata demikian bagi merujuk kenyataan bekas
Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah semalam yang memberi amaran kepada
masyarakat Cina supaya bersedia menghadapi tindak balas daripada orang Melayu
atas 'pengkhianatan' mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.
"Sebagai anggota jawatankuasa aduan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini, Mohd Noor perlu menahan diri
daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan di
kalangan rakyat Malaysia selepas pilihan raya," katanya.
Beliau berkata pilihan raya adalah satu proses
demokrasi dengan mana-mana rakyat Malaysia boleh memilih mana-mana parti untuk
diundi dan pilihan itu bukan satu tindakan khianat ke atas mana-nmana parti
politik atau masyarakat.- Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment