SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim perlu mengotakan janjinya untuk berundur kerana gagal menawan Putrajaya
selepas PRU13.
“Beliau telah menyatakan sebelum ini, jika kalah
beliau akan berundur tetapi jelas sehingga kini beliau masih lagi menjadi Ketua
Umum Pakatan Rakyat (PR).
“Beliau sepatutnya menunaikan janjinya itu tetapi
saya lihat apa yang dilakukan hari ini lebih kepada keinginan peribadi
berbanding kepentingan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, usaha PR menganjurkan pelbagai
perhimpunan untuk menolak keputusan PRU13 bakal memberi impak negatif kepada
negara.
Katanya, Anwar sengaja tidak mahu menerima hakikat
bahawa PR telah tewas merampas Putrajaya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi
dalam masyarakat.
“Sehingga kini beliau tiada bukti kukuh untuk dibawa
ke hadapan, oleh itu menggunakan rakyat untuk berdemo di jalanan bagi menarik
perhatian.
“Kita ada proses undangundang sepatutnya PR mengikut
proses yang ditetapkan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah
Rashid Shirlin berkata, pembangkang sepatutnya akur dengan suara majoriti
rakyat dan Anwar sebagai pemimpin utama perlu berundur kerana tidak mampu
menunaikan janjinya sebelum pilihan raya.
“PR dilihat mengamalkan demokrasi terpilih apabila
enggan menerima keputusan daripada Kerajaan Pusat, tetapi boleh menerima
keputusan di kerusi-kerusi yang dimenangi sehingga bertindak pantas membentuk
Kerajaan Negeri mereka.
“Mereka lemparkan banyak tuduhan bagi mengelirukan
rakyat, PR juga menggalakkan demonstrasi jalanan sebagai cara untuk
menyuarakan masalah, saya mahu pemimpin
PR bertanggungjawab terhadap kesan yang bakal berlaku di kemudian hari nanti,”
katanya.
Menurut Ahli Parlimen Papar itu, berdemonstrasi di
jalanan hanya merosakkan perpaduan yang telah dibina selama ini.
Menurut laporan The Edge, 81 peratus pembaca akhbar
itu mahu Anwar bersara kerajaan gagal membentuk Kerajaan Pusat.
Bancian yang melibatkan 12,588 menunjukkan 10,275
orang mahu Anwar mengotakan janji untuk bersara.
Anwar dalam video ucapannyapada 17 Ogos 2012
berkata, beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah
jika rakyat masih memberi mandat kepada BN pada PRU13.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pematang Pauh itu
menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik kerana
mendakwa PRU13 penuh penipuan dan akan terus memperjuangkan hak rakyat menuntut
pilihanraya adil dan bersih.-Sinar Harian
No comments:
Post a Comment