PRU13: HADI AWANG TIDAK SETUJU ANWAR JADI PM?
KUALA LUMPUR -
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan pernah bersemuka dengan
tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi untuk menasihatkannya supaya
tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
Memetik laporan
portal berita AntaraPos.Com hari ini, sumber dalaman Pas mendedahkan, Penasihat
Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bertemu Al-Qaradawi setelah Pas enggan
menyokong hasrat Anwar menjadi Perdana Menteri pada konvensyen pakatan
pembangkang baru-baru ini.
Menurut
beliau, Abdul Hadi kemudian bergegas menemui Al-Qaradawi di Qatar bagi
menjelaskan mengapa Anwar tidak layak dilantik untuk menyandang jawatan itu.
"Alasan
yang diberikan Abdul Hadi kuat iaitu Anwar tak layak menjadi Perdana Menteri
kerana PKR bukan gerakan Islam dan Anwar bukan pemimpin gerakan Islam,"
katanya.
Bagaimanapun,
jelas beliau, Abdul Hadi gagal memujuk Al-Qaradawi dan PKR kini menggunakan
surat sokongan daripada tokoh ulama terkemuka itu untuk meyakinkan pemimpin
serta ahli Pas menerima Anwar sebagai Perdana Menteri.
"Mursyidul
Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri yang melancarkan surat terbuka
Al-Qaradawi menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri," ujarnya.
Namun katanya,
surat itu tidak menghakis sokongan akar umbi dan pimpinan Pas agar Abdul Hadi
dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan
Putrajaya.
Tambah beliau,
Abdul Hadi juga kesal kerana Anwar mempergunakan anak Al-Qaradawi bagi memujuk
bapanya menulis surat tersebut.
Sumber dalaman
Pas itu berkata, tindakan Anwar itu dipercayai menjadi punca Abdul Hadi
mengeluarkan kenyataan bahawa PKR meletakkan calon tangkap muat termasuk
'penjual pil kuda' pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Beliau
turut membidas PKR kerana bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang
dianggap Pas mempunyai kecenderungan ke arah ideologi komunis," jelasnya.
Abdul Hadi
juga dikatakan merestui keputusan parti meletakkan calon di enam kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen yang turut ditandingi PKR. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment