KUALA
LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta jangan mengaburi
mata rakyat dengan memutar belit fakta sejarah, terutamanya mengenai tragedi 13
Mei 1969.
Tindakan
itu bukan hanya boleh memecah belahkan perpaduan rakyat, tetapi juga boleh
meruntuhkan institusi Perlembagaan negara yang merupakan nadi kepada
kesejahteraan Malaysia hari ini.
Pakar
sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, semua fakta sejarah yang menjadi
rujukan generasi kini adalah benar dan tidak ada alasan untuk menafikan atau
menolak semua peristiwa yang berlaku dalam negara ini sejak dulu hingga kini.
Sebagai pemimpin, saya rasa Abdul Hadi
perlu tahu banyak tentang sejarah negara ini dan bukannya memutar belit fakta
demi mendapatkan sokongan.
Tragedi itu berlaku kerana sikap
keterlaluan sesetengah penyokong parti pembangkang yang mengeluarkan
slogan-slogan berbaur perkauman ketika meraikan kemenangan pada Pilihan Raya
Umum 1969," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa tragedi
berdarah pada 13 Mei 1969 didalangi oleh UMNO bagi mengekalkan kuasanya.
Ramlah
berkata, dakwaan pemimpin Pas itu secara tidak langsung menggambarkan
pengetahuannya yang cetek dalam bidang sejarah.
Sebelum mengeluarkan dakwaan
sedemikian, saya nasihatkan Abdul Hadi perlu membuat banyak rujukan agar tidak
menampakkan betapa terdesaknya beliau untuk mendapatkan sokongan.
Beliau sepatutnya mengangkat martabat
orang Melayu dan Islam, bukannya memburukkan kaum sendiri demi mengejar
kuasa," ujarnya.
Katanya,
tiada negara yang inginkan kekacauan dan pertumpahan darah, sebaliknya sentiasa
berusaha mengekalkan keamanan yang ada untuk kesejahteraan rakyat. –UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment