KUALA
KANGSAR - Walaupun sejarah telah mencatatkan bahawa tragedi 13 Mei bermula
daripada provokasi pembangkang, tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat cuba
membela rakan sekutunya apabila menuduh UMNO mencetuskan rusuhan kaum pada 1969
itu.
Dalam
satu ceramah di Arena Square di sini malam tadi, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
mendakwa persengketaan antara kaum itu didalangi oleh UMNO untuk mengekalkan
kuasanya.
“Pas pernah bekerjasama (dengan UMNO)
dari 1970 hingga 1978 selepas 13 Mei, kita menyedari 13 Mei adalah provokasi
yang dibuat oleh UMNO, kekacauan untuk mengekalkan kuasanya.”
“(Tragedi) 13 Mei tidak berlaku di
Kelantan, tidak berlaku di Terengganu dan tidak berlaku di Kedah. Kekacauan
berlaku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, negeri tempat BN perintah masa
itu," katanya.
Dalam
ceramah yang dihadiri kira-kira 1,000 penyokong pembangkang itu, Abdul Hadi
juga cuba menidakkan kebaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan mendakwa
pendekatan itu sebagai tidak bijak.
Ketika
rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menyambut baik pemberian BR1M,
Abdul Hadi pula mendakwa kononnya bantuan itu bermotif politik.
Abdul
Hadi sekali lagi melemparkan tohmahan apabila menyatakan kononnya BR1M hanya
diberi ketika dekat pilihan raya sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah
menyalurkan bantuan itu sejak tahun lalu lagi.
Peliknya,
selepas memburuk-burukkan tindakan kerajaan menyalurkan BR1M, Abdul Hadi
mengalu-alukan orang ramai untuk mengambil bantuan tersebut.
“Dia bagi BR1M, ambil. Itu duit kita
tetapi kalau kita sudah kaya, bagi dekat orang miskin. Kalau tidak jumpa orang
miskin, bagi dekat kami, kami buat bendera banyak-banyak," katanya. –UTUSAN
ONLINE
No comments:
Post a Comment