KUALA
LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang buta sejarah kerana gagal membezakan antara fahaman komunis
dan sosialis.
Ahli
Majlis Tertinggi PSM, Dr. M. Jeyakumar berkata, kenyataan Abdul Hadi yang
seolah-olah menggambarkan sosialis menggunakan kekerasan serta cuba menyesatkan
rakyat jauh menyimpang daripada ajaran sebenar fahaman itu.
“Memang ada sedikit persamaan dalam
matlamat antara komunis dan sosialis, tetapi itu dari segi pengagihan kekayaan
sama rata dan untuk membantu golongan miskin.”
“Tetapi sosialis tidak menggunakan
kekerasan, tidak mempromosikan mana-mana agama dan tidak menghalang kebebasan
beragama. Jadi, untuk mengatakan kita anti-agama itu langsung tidak
betul," katanya ketika dihubungi.
Beliau
mengulas kenyataan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat,
Marang, Terengganu 22 April lalu, bahawa parti itu cuma bekerjasama dengan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tetapi tidak dengan parti lain yang
menjulang gambar Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin. –UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment