KLUANG
- Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan
kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai
perkauman.
"Bila
kami (pakatan pembangkang) memerintah nanti, kami akan tangkap Mahathir dan
hadapkannya ke mahkamah kerana menuduh Kit Siang sebagai rasis (perkauman).
"DAP
parti berbilang kaum, mereka kata kami parti orang Cina, saya nak jelaskan saya
bukan orang Cina dan boleh jadi Pengerusi DAP," katanya dalam ceramahnya
di sini, malam tadi.
Beliau
turut mengugut untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang
didakwanya sebagai tidak berkaliber.
Selain
itu, Karpal turut menuduh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mengikut
undang-undang semasa menerima Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri
Besar Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Pada
2008, kami menang lima negeri tetapi Sultan Perak (Sultan Azlan Shah) bertindak
tidak mengikut undang-undang. Saya ditangkap dan didakwa tetapi saya tidak
takut, saya akan lawan dan boleh menang," katanya.
Sementara
itu, Karpal berkata, walaupun terhutang budi kepada Pas yang membenarkan parti
itu menggunakan lambang parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), DAP
tidak akan sesekali membenarkan hukum hudud dilaksanakan.
Karpal
dengan angkuh menegaskan walaupun mereka bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat
(PKR) untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) namun tidak bermakna DAP menerima
konsep negara Islam iaitu hudud.
"Kami
(DAP) hargai kerelaan Pas dan PKR meminjamkan simbol mereka kepada DAP ketika
isu pemilihan CEC (Jawatankuasa Kerja Pusat) dulu, tetapi tidak bermakna kami
menerima dasar Islam kerana Pas dan PKR hanya meminjamkan lambang mereka.
"Kami
menerima apa saja yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai
agama rasmi Malaysia pun kami terima," katanya. -UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment