JELI
- Walaupun sudah jelas barisan kepimpinan DAP menolak dasar perjuangan Islam
Pas, Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas
apabila menganggap rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang boleh menerima
Islam yang diperjuangkan Pas.
Seperti
'bertepuk sebelah tangan', Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan DAP
mahu mengunakan lambang Pas pada pilihan raya membuktikan parti tersebut boleh
menerima dasar Islam dan tidak takut pada agama suci itu.
"Ini
tandanya Cina sudah tidak takut pada Islam, yang takut pada Islam ialah Melayu
UMNO, Melayu UMNO yang sebenarnya takut pada Islam, Cina sudah tidak takut.
"Suatu
masa nanti pasti akan ada antara cawangan Pas diketuai oleh orang Cina. Cina
sekarang belajar tinggi dan kenal Islam. Suatu masa nanti, Cina DAP akan masuk
Islam, akan mengetuai Pas,'' katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran
pembinaan kilang kelapa sawit dan pembinaan jalan di Kampung Jerimbun di sini
hari ini.
Menurutnya,
Islam untuk semua, bukan untuk orang Arab atau orang Melayu sahaja.
"Bagaimana
kalau kita hendak suruh orang Cina terima Islam kalau asyik bergaduh dengan
dia, kita beritahu Islam bagaimana, dia hendak dengar ataupun tidak, terpulang.
"Kadangkala
tengah-tengah malam Cina DAP Perak telefon saya tanya ayat al-Quran bagaimana.
Melayu UMNO tidak pernah tanya, hendak tanya bagaimana kalau dia tolak Islam,
al-Quran," katanya.
Pengerusi
DAP, Karpal Singh sebelum ini memberitahu, kesediaan parti itu menerima
penggunaan lambang Pas tidak bermakna mereka menerima setiap dasar perjuangan
Islam Pas.
Pas
pula melalui timbalannya, Datuk Dr. Haron Din menegaskan, akan tetap
melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya
Umum Ke-13 sekalipun mendapat tentangan DAP.
Pendirian
tersebut turut disokong Nik Abdul Aziz dengan menyatakan Pas tetap yakin boleh
melaksanakan hukum berkenaan sekiranya menawan Putrajaya, kerana hudud adalah
untuk orang Islam, manakala bukan Islam ada cara lain.
Sementara
itu, Nik Abdul Aziz terus menyalahkan UMNO dan pihak media yang beliau dakwa
sengaja mengeluarkan video lucah dan menuduh kalangan pemimpin pembangkang
kononnya telah berzina dan meliwat. –UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment