TINDAKAN
TEGAS DIAMBIL TERHADAP PESERTA HIMPUNAN HARAM - KDN
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak akan ada lagi amaran terhadap mereka yang
mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan perhimpunan yang boleh
mengganggu keamanan dan kestabilan di negara ini.
"Waktu untuk amaran sudah berakhir... tindakan
tegas akan diambil," katanya, sambil menambah bahawa "mencegah adalah
lebih baik daripada mengubati" dan maka adalah wajar dengan melakukan
tindakan segera.
Dr Ahmad Zahid berkata demikian ketika dihubungi
berhubung kejadian perhimpunan haram di seluruh negara yang mengecam keputusan
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan penangkapan aktivis pelajar Adam Adli
Abdul Halim baru-baru ini atas dakwaan kenyataan berbaur hasutan dibuat pada
forum 13 Mei di Kuala Lumpur.
Pada Ahad, kenyataan Ketua Pemuda Angkatan Muda
Keadilan (AMK), Nazree Yunus dirakamkan oleh polis Seremban berhubung
perhimpunan yang diadakan di Oakland Commercial Park pada Jumaat.
Dr Ahmad Zahid berkata, polis telah mengenal pasti
individu-individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan akan ada
lagi banyak tangkapan.
Ditanya sama ada amaran beliau meliputi perhimpunan
di seluruh negara, Dr Ahmad Zahid berkata, mereka ini termasuk
individu-individu yang terlibat dalam perhimpunan haram di tempat-tempat lain,
seperti di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Baru.
"Kami telah mengenal pasti mereka yang terlibat
dan polis akan mengambil tindakan serta-merta. Jangan terkejut jika terdapat
lebih banyak tangkapan yang dibuat," katanya.
Nik Nazmi |
Nazree Yunus |
Adam Adli |
Beliau menambah, Kementerian Dalam Negeri tidak akan
berkompromi sekiranya ia mendatangkan kesan kepada keselamatan dan keselamatan
rakyat.
"Kami melihat perkara yang mempengaruhi rakyat
yang menyebabkan kekacauan adalah amat serius," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad
Salleh berkata, Adam Adli telah ditahan reman selama lima hari sehingga 23 Mei
berikutan ditangkap kerana menghasut.
Beliau berkata, perintah reman adalah untuk membantu
polis menyiasat kenyataan oleh aktivis pelajar itu dibuat pada forum 13 Mei di
Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
"Beliau telah ditahan di Bangsar pada pukul
3.15 petang pada Sabtu di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan atas kenyataan yang
dibuat dalam forum itu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.– mStar
No comments:
Post a Comment