PONTIAN - Semua anggota Umno diseru mengeratkan
semula perpaduan untuk memastikan kekuatan parti kembali utuh selepas
menghadapi cabaran getir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Kalau kita asyik berbalah, kita akan mati
'dibunuh' secara politik, biarlah kita berlawan secara sihat kerana yang
penting kita perlu fikirkan tentang perpaduan bukan sahaja di kalangan anggota
parti tetapi juga rakyat," katanya kepada, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai
mesyuarat pemilihan Umno peringkat cawangan yang akan bermula tidak lama lagi.
Ahmad ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah baru nelayan di Kampung
Seri Tanjung di sini.
Ahmad berkata, semua anggota Umno yang terlibat
perlu mengamalkan sikap berkompromi dan perbincangan untuk mengelakkan sebarang
perselisihan faham yang boleh menjejaskan parti.
Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Menteri
Kewangan dan Anggota Parlimen Pontian berhasrat menjadikan Pontian sebagai
model kawasan pertumbuhan ekonomi baharu di negara ini dengan melaksanakan
pelbagai projek yang boleh meningkatkan lagi sumber ekonomi penduduk setempat.
"Kita merancang untuk mengadakan pelbagai
projek seperti river cruise Sungai Benut selain mewujudkan medan ikan bakar dan
pusat jualan ikan segar yang membolehkan nelayan menjual terus hasil tangkapan
bukan sahaja untuk penduduk sekitar tetapi juga rakyat Singapura yang kerap
berkunjung ke sini.
"Jika berjaya kita akan kongsi pengalaman ini
di peringkat tertinggi untuk membantu meningkatkan ekonomi di lebih banyak
kawasan di negara ini," katanya. – Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment