LABIS - Ahli
Parlimen pembangkang yang tidak hadir mengangkat sumpah dalam sidang Dewan
Rakyat pada 24 Jun ini dianggap melakukan pengkhianatan kepada rakyat yang
memilih mereka.
Selain itu
menurut Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong, ia juga
menggambarkan sikap tidak matang dan mementingkan diri sendiri oleh Ahli
Parlimen terlibat.
"Tindakan
itu hanya merugikan negara dan rakyat serta tidak seharusnya terjadi,
sebaliknya pihak pembangkang perlu bersikap terbuka menerima keputusan yang
dibuat oleh rakyat dan memberi tumpuan kepada amanah yang diberikan,"
katanya.
Beliau
berkata, jika benar Ahli Parlimen daripada pembangkang tidak mahu mengangkat
sumpah mereka tidak layak menggunakan kemudahan yang diberikan termasuk
menerima elaun.
Tee Yong yang
juga Ahli Parlimen Labis, turut menyifatkan perbuatan untuk memboikot majlis
angkat sumpah tersebut sebagai satu penghinaan kepada institusi Parlimen dan
sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Beliau
berpendapat, jika tidak dibendung perbuatan menghina Parlimen seperti itu boleh
mengikis kepercayaan serta keyakinan rakyat kepada institusi Parlimen.
Menurut Tee
Yong, sikap tidak matang yang ditunjukkan oleh pembangkang dengan mempersoalkan
keputusan yang dibuat rakyat pada PRU-13 lalu akan memberi imej tidak baik
kepada dunia politik negara.
''Ia secara
tidak langsung akan memberi kesan besar serta menjejaskan keyakinan pihak luar
yang berhasrat melabur ke negara ini, sekali gus memberi kesan kepada rakyat.
"Jika
betul mahu mempertikaikan keputusan tersebut, mereka harus menolak keputusan
pilihan raya di semua peringkat bukannya di kawasan yang mereka gagal untuk
menang dengan selesa sahaja,'' tegasnya. –Utusan Online
No comments:
Post a Comment