PERATURAN KAWAL KENDIRI MEDIA SOSIAL
KUALA LUMPUR -
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bercadang mewujudkan peraturan
kawalan kendiri bagi memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab
terhadap sebarang maklumat yang disampaikan.
Menurut
Perdana Menteri, cadangan itu bertujuan mengelak wujudnya kumpulan penulis yang
tidak diketahui atau 'anonymous' dalam kalangan pengamal-pengamal media sosial
di negara ini.
Serentak itu,
beliau turut menegaskan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap
mana-mana pemilik blog, portal serta media sosial yang didapati menyebarkan
maklumat tidak sahih dan berbentuk fitnah.
"Walau
apa pun kita akan memastikan cadangan ini tidak bercanggah dengan Akta
Komunikasi dan Multimedia serta Rang Jaminan MSC Malaysia bahawa tiada tapisan
terhadap internet," katanya.
Dalam
perkembangan sama, Najib berkata, cadangan itu tidak bermakna kerajaan akan
mengambil tindakan melesenkan portal berita sebagaimana yang dilakukan negara
jiran.
Sebaliknya,
kata beliau, langkah itu bertujuan memelihara keharmonian nasional dan kerajaan
juga akan terus menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk mengekang usaha
pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama dan bahasa.
"Ini
termasuk tindakan memperkecil institusi raja berperlembagaan mahupun 'subvert'
sistem demokrasi berparlimen yang akan dikenakan tindakan sesuai dengan peruntukan
undang-undang sedia ada," katanya.
Dalam pada
itu, beliau menambah, pengamal media arus perdana terikat dengan kod etika yang
begitu tinggi dalam menyampai berita dan maklumat kepada orang ramai.
Najib turut
berkongsi apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas kelompok yang
menggelarkan diri mereka sebagai wartawan menyebarkan pembohongan, fitnah,
hasutan dan kebencian menerusi media sosial.
"Sesungguhnya
tindakan itu tidak menguntungkan sesiapa. Aliran ini jika dibiarkan berterusan
akan mendatangkan kesan buruk pada masa depan," katanya.
Sementara itu,
dalam majlis tersebut, wartawan Berita Harian, Sophia Ahmad dipilih sebagai
penerima Hadiah Kajai 2012 melalui laporannya yang bertajuk 'Graduan Palsu'. –Utusan
Online
No comments:
Post a Comment