DAP PULAU PINANG EKSPLOITASI MELAYU, INDIA?
PULAU PINANG -
Kerajaan DAP Pulau Pinang melalui akhbar terbitannya, Buletin Mutiara didakwa
cuba menggambarkan mereka sebagai kerajaan prihatin terhadap semua kaum dengan
mengeksploitasi warga emas kaum Melayu dan India yang menerima bantuan tahunan
RM100.
Pengerusi
Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, penyiaran gambar yang
menunjukkan warga emas kaum berkenaan yang kelihatan sangat gembira kerana
menerima bantuan berkenaan hanyalah sandiwara semata-mata.
"Saya
melihat Ketua Menteri, Lim Guan Eng melalui akhbar Buletin Mutiara cuma
memberikan gambaran kononnya DAP menjaga kebajikan orang Melayu dan India
sedangkan hakikat sebenar bukan begitu.
"Jika
dihitung, dengan wang sebanyak RM100 setahun, berapa sen yang dapat digunakan sehari
oleh warga emas untuk menampung perbelanjaan mereka?" katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau
mengulas muka depan terbitan terbaharu Buletin Mutiara yang menyiarkan laporan
tentang keputusan kerajaan negeri meneruskan pemberian bantuan berkenaan sambil
memaparkan gambar warga emas kaum Melayu dan India memegang duit RM100 dalam
keadaan sangat gembira.
Menurut
Aminah, beliau percaya tindakan berkenaan dilakukan semata-mata untuk
kepentingan politik, lebih-lebih lagi syarat mendapatkan bantuan berkenaan juga
menyusahkan apabila warga emas terpaksa mendaftar terlebih dahulu.
"Saya
juga kasihan melihat warga emas berkenaan dipergunakan. Bagi RM100 setahun
tetapi mereka canangkan dengan gahnya.
"Sekiranya
benar-benar ikhlas, semua itu tidak perlu. Bagi bantuan kematian pula, hanya
diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mesti mendaftar
terlebih dahulu," katanya.
Jelas Aminah,
dalam konteks memberikan bantuan, kerajaan Pusat secara konsisten telah
melakukannya sejak dahulu lagi menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Jumlah
yang diberi JKM lebih banyak dan secara bulanan, malah tidak memilih bulu
apabila semua kaum akan menerimanya sekiranya mereka memerlukan. Bahkan,
kerajaan membelanjakan berbilion ringgit setahun untuk menyalurkan bantuan ini
kepada rakyat.
"Kalau
hendak dikira bantuan, kerajaan Pusat telah melakukan yang terbaik bermula
daripada bayi berada dalam perut ibu lagi tetapi tidak dicanang seperti mana
kerajaan DAP Pulau Pinang buat.
"Mereka
sangat bermegah-megah dengan bantuan kecil sedangkan masalah asas rakyat negeri
ini seperti harga rumah yang melambung tinggi masih tidak diselesaikan,"
katanya.
Secara sinis,
Aminah bertanya adakah hanya itu kemampuan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk
menjaga kebajikan rakyat selepas memasuki tahun keenam diberi mandat mentadbir
negeri ini? –Utusan Online
No comments:
Post a Comment