SUBANG — Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menolak serangan terhadap sesetengah kaum dan komuniti di negara ini selepas Pilihan Raya 2013 kerana ia jelasnya akan memberikan kesan buruk kepada negara.
“Saya harap itu
hanya pendirian segelintir mereka yang tak bertanggungjawab,” katanya kepada
pemberita ketika sidang media selepas lawatan ke Pangkalan Tentera Udara Subang
di sini.
“Saya percaya
orang yang matang tak ikut emosi ...
mereka tidak akan gadaikan masa depan kita dengan berpolitik, akhirnya
itulah membezakan pemimpin sama ada pembangkang atau kerajaan yang boleh
diharapkan,” kata Naib Presiden Umno itu lagi sambil mengambil contoh insiden
rusuhan di Turki.
Selepas
pilihan raya 5 Mei lalu, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia secara terbuka
menyerang komuniti Cina, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga
dilaporkan berkata keputusan pilihan raya berkenaan menggambarkan Tsunami Cina.
Pemimpin
pembangkang bagaimanapun menegaskan ianya adalah Tsunami Rakyat dan bukan
seperti yang dikatakan Najib.
Pilihan Raya
2013 menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 133 kerusi Parlimen manakala
89 kerusi menjadi milik pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR).
Utusan
Malaysia juga mengeluarkan laporan muka hadapan dengan tajuk “Apa lagi Cina
mahu” yang menimbulkan kritikan daripada banyak pihak termasuk Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO ) AirAsia X Azran Osman mengkritik akhbar berkenaan secara
terbuka di laman mikro Twitternya.
Azran dikritik
bulan lalu selepas beliau melalui akaun twitternya, @azranosmanrani, mengatakan
melihat serangan perkauman selepas pilihan raya.
Beliau turut
dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas
kenyataan kerasnya itu.
Selain
Perkasa, Persatuan Veteran Penjawat Awam, Gerakan Reformis Malaysia dan
Jaringan Melayu Malaysia juga antara kumpulan yang menyerang beliau termasuk
menuntut permohonan maaf terhadap kenyataannya kepada Utusan.
Pemangku
Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar turut menyokong akhbar berkenaan dan
berkata Azran tidak akan berada di posisi sekarang tanpa “perjuangan Melayu
yang dilakukan Utusan Malaysia.”
No comments:
Post a Comment