CUEPACS
CADANG PENJAWAT AWAM CARUM PERKESO
GEORGETOWN - Kerajaan diminta terima
cadangan supaya anggota perkhidmatan awam berstatus tetap mencarum di bawah
skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Presiden
Cuepacs, Datuk Omar Osman
|
Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs), Datuk Omar Osman berharap, cadangan itu diterima dan dipertimbangkan
berikutan ia disiapkan menerusi beberapa siri kajian dan dipersetujui oleh
semua anggotanya.
Katanya, cadangan itu yang bersifat faedah kebajikan kepada
penjawat awam akan diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk
perbincangan. Awal bulan lalu, hanya anggota perkhidmatan awam berstatus
sementara dan kontrak mencarum dalam skim Perkeso.
“Perkara itu sangat baik dan berharap ia
dipanjangkan kepada anggota perkhidmatan awam bergaji tetap yang berpendapatan
dari RM7,000 dan ke bawah.
“Skim yang terdapat di bawah pakej
Perkeso ini lebih baik jika dibanding dengan skim ex-gratia yang ditubuhkan
untuk menjaga kebajikan anggota perkhidmatan awam dan orang tanggungan jika
terjadi sesuatu bencana semasa pegawai melaksanakan tugas rasmi,” katanya.
Bajet
2014: 3 permintaan Cuepacs
Dalam perkembangan lain, Omar mengulangi
tiga permintaan dalam Bajet 2014 iaitu kenaikan imbuhan perumahan kepada RM450,
pelarasan kos sara hidup (Cola) dan pengeluaran 20 peratus wang gratuiti kepada
anggota perkhidmatan awam yang berusia 50 tahun. -Sinar Harian
No comments:
Post a Comment