JAKARTA
HARUS BERTINDAK TERHADAP SYARIKAT YANG MENGAKIBATKAN JEREBU – PM
KUALA LUMPUR: Putrajaya mahu Jakarta
mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat yang menyebabkan jerebu,
tanpa mengira pemilikan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata beliau akan menghantar surat kepada Presiden Susilo Bambang
Yudhoyono menggesa kerajaan Indonesia untuk bertindak terhadap pesalah-pesalah.
"Tidak kira sama ada
syarikat-syarikat milik Malaysia, Singapura atau Indonesia. Tindakan perlu
diambil terhadap mereka yang menyebabkan jerebu," katanya selepas
mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.
Najib berkata, Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel akan bertemu dengan rakan sejawatannya
dari Indonesia pada Rabu untuk membincangkan mengenai isu jerebu.
Malaysia, katanya, juga akan menawarkan
perkhidmatan pesawat pengebom air kepada Indonesia untuk membantu memadamkan
kebakaran. -mStar
No comments:
Post a Comment