3,000
PENGIKUT SYIAH DI KEDAH GOLONGAN PROFESIONAL
PENDANG – Kira-kira 3,000 pengikut fahaman Syiah Imammiah di Kedah yang
telah dikenal pasti kebanyakan terdiri daripada golongan profesional.'
Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, semua pengikut fahaman itu
dari Jitra, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan beberapa kawasan
berhampiran.
Katanya, 30 peratus daripada jumlah pengikut fahaman Syiah adalah wanita
berumur antara 20-an hingga 50-an.
“Kebanyakan pengikut Syiah bukan penduduk kampung biasa malah daripada
golongan profesional antaranya guru, pensyarah dan ahli akademik.
“Di Pusat Hussainiah Az-Zahra merupakan tempat berkumpul untuk aktiviti
pengajian dan ibadat yang masih aktif sejak 1991 sehingga sekarang,” katanya
kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Alor Berala Tobiar, Pendang
semalam.
Abdullah berkata, lebih 200 pengikut akan berkumpul setiap kali
mengadakan majlis secara besar-besaran di situ.
“Kira-kira 80 ahli Syiah akan hadir mengikuti pengajian diadakan waktu
siang bagi mengikuti pengajian kitab-kitab Syiah seperti Tafsir, Tauhid,
Akhlak, Sirah dan sebagainya mengikut fahaman Syiah.
“Tempat ini dibina khusus sebagai tempat pembelajaran dan ibadat khusus
untuk ahli-ahli Syiah sahaja,” katanya.
Katanya, ahli Syiah terdiri daripada ahli Umno dan Pas yang tidak mahu
lagi aktif dalam parti politik masing-masing sehingga ada segelintir pengikut
fahaman itu tidak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu kerana kecewa
apabila banyak pihak menentang fahaman Syiah. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment