SYIAH:
SKMM AKAN BERTINDAK JIKA ADA LAPORAN
SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
sedia bertindak jika ada laporan
berkaitan laman sosial di internet yang didapati menyebarkan ajaran Syiah.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata,
SKMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana laman sosial atau web yang
menyebarkan ajaran yang bercanggah dengan amalan Ahlul Sunnah Wal Jamaah umat
Islam di negara ini.
"Oleh kerana sejak dulu kita di sini berpegang pada Ahlul Sunnah Wal
Jamaah, ajaran yang selain daripada itu tidak sepatutnya disebarkan,"
katanya.
Jailani berkata, jika pengguna mendapati ada elemen bahaya dalam web atau
laman sosial itu, lebih baik laporkan terus kepada polis.
"Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pula lebih arif untuk mengenal
pasti kandungan laman web atau laman sosial yang disebarkan itu," katanya.
Menurut Jailani, SKMM akan campur tangan jika ada unsur sensitif yang
tidak sesuai disebarkan di negara ini.
"Kalau ada benda (maklumat) macam itu, kita akan buang atau ambil
tindakan sesuai ikut undang-undang," katanya.
Sinar Harian difahamkan, SKMM masih belum menerima laporan mengenai 200
laman Facebook yang menyebarkan ajaran Syiah seperti yang didakwa.
Pada 5 Julai lalu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di
Shah Alam oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berhubung penyebaran fahaman
Syiah di Facebook.
Ketua Unit Kajian Syiah Isma, Mohamad Ismail mendakwa terdapat lebih 200
akaun mengenai Syiah di Malaysia dikenal pasti kian giat menjalankan aktiviti
menyebarkan maklumat berkaitan fahaman itu kepada masyarakat umum.
“Antaranya Al-Hadhari, Al-Jafari,
Al-Mahdi. Terdapat juga satu blog bernama kamilzuhairi.blogspot.com,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Dr
Amirudin Abdul Wahab berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil
tindakan berhubung fahaman seumpama itu, namun bersedia untuk menyalurkan
maklumat dikehendaki polis atau Jakim.
“Setakat ini tindakan hanya boleh diambil polis, kita cuma salurkan
maklumat mengenai pemilik akaun, kesan kegiatan akaun dan berurusan dengan
Facebook untuk minta akaun diminta itu dipadam.
No comments:
Post a Comment