JAKIM
NAFI PENGIKUT SYIAH CECAH 300,000
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menolak dakwaan yang mengatakan pengikut Syiah di negara ini sudah mencapai angka 300,000 hingga sejuta orang.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Seksyen
dan Akidah) Jakim, Kamarul Saman Yaacub berkata, kenyataan itu lebih bersifat
provokasi atau propaganda semata-mata.
“Angka itu tidak benar kerana Jakim sentiasa memantau pergerakan Syiah
sejak awal pergerakan ini menular di negara ini, tetapi pergerakan ini tidak
banyak seperti didakwa.
“Jakim turut turun padang menyampaikan penerangan kepada masyarakat
mengenai bahaya Syiah,” katanya dalam satu sesi soal jawab bersama radio
ikim.fm, semalam.
Kamarul menasihatkan individu yang curiga dengan usaha mana-mana pihak
mendekatinya bagi menyebarkan ajaran Syiah supaya tampil kepada mana-mana
pejabat agama untuk mendapatkan lebih penerangan.
“Syiah boleh menyesatkan, tampillah jika mendapati ada mana-mana
pergerakan mencurigakan,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan dakwaan ketua kumpulan Syiah
Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz yang mendakwa jumlah pengikut fahaman itu
kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment