SEBAR SYIAH BERLAKU DI IPT - ASPIRASI
SHAH ALAM – Penyebaran fahaman Syiah di universiti awam dan
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sememangnya berlaku, tetapi tiada
bukti jelas dapat dibuktikan, kata Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah.
Realiti itu katanya, tidak dinafikan tetapi sukar untuk
dibuktikan memandangkan ahli Syiah bergerak secara sulit dalam kumpulan kecil.
Oleh itu, sekiranya terdapat dakwaan penyebaran fahaman Syiah
berlaku, pihak universiti dan Kementerian Pendidikan perlu menangani perkara
ini secara serius sebagai langkah awal mengekang perkara ini daripada
berleluasa.
“Pantauan bukan sahaja terhadap mahasiswa tempatan, malah
mahasiswa asing dari Timur Tengah juga tidak terkecuali.
“Kita khuatir jika
tidak di pantau secara serius, penyebaran fahaman Syiah akan menular dan
merosakkan golongan ini yang akhirnya membawa kesan besar kepada umat Islam,”
katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Mohd Shahar, kekeliruan menyebabkan golongan mahasiswa ini mudah terpengaruh
dengan fahaman Syiah.
“Mereka ingin pelajari ilmu agama secara mendalam, tetapi
tidak tahu perbezaan antara Syiah dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang menjadi fahaman umat Islam di negara
ini,” katanya.
“Sebelum perkara ini lebih dominan dan membimbangkan, langkah proaktif perlu dilaksanakan,”
katanya.– Sinar Harian
No comments:
Post a Comment