UMNO SOKONG USAHA
BANTERAS SYIAH
SHAH ALAM – Siapa sahaja yang terlibat dengan penyebaran
fahaman Syiah, tidak kira daripada parti pemerintah atau pembangkang, perlu
dihalang dan dikenakan tindakan, kata Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid
Shirlin.
“Isu Syiah sangat serius kerana ia melibatkan soal pegangan
dan akidah. Amalan Syiah sangat
bertentangan dengan ajaran Islam.
“Apatah lagi (jika) ia melibatkan pemimpin yang berpengaruh.
Ttindakan segera perlu diambil,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu,
termasuk pemimpin politik dan pertubuhan, yang mengamalkan ajaran Syiah.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina
Merican berkata, isu penyebaran fahaman Syiah ini di luar ideologi politik dan
memberi kesan mendalam terhadap keseimbangan umat Islam di negara ini.
“Mungkin ada pemimpin politik yang berselindung. Perkara itu
(bahawa mereka terlibat) sukar dibuktikan.
“Mungkin kita boleh menuduh seseorang itu Syiah, tetapi
mereka bijak menyembunyikannya tindak tanduk mereka," katanya.
Reezal melihat keperluan siasatan dan risikan dilakukan
secara mendalam sebagai langkah mengatasi masalah ini di peringkat akar umbi. -Sinar
Harian
No comments:
Post a Comment