TUKAR
AGAMA KANAK-KANAK: DAP GESA PINDA PERLEMBAGAAN
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa melakukan pindaan terhadap Perkara 12(4)
Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan berlakunya'salah tafsir' berhubung
kebenaran menukar agama kanak-kanak kepada Islam.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Perlembagaan Persekutuan versi
bahasa Inggeris tidak memberi tafsiran jelas mengenai maksud 'ibu bapa' yang
menjadi syarat membolehkan penukaran kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
"Maksud ibu bapa dalam Perkara 12(4) mestilah secara tatabahasanya
bermaksud kedua-dua ibu dan bapa sekiranya masih hidup.
"Salah tafsir terhadap perkataan 'ibu bapa' boleh membawa kepada
penyalahgunaan dalam kes penukaran agama kepada Islam," katanya pada
sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.
Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu menyatakan
agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau
bapanya atau penjaganya.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mempertikaikan maksud
'parent' dalam Perlembagaan Persekutusan versi bahasa Inggeris yang bermaksud
'ibu bapa' dan bukannya ibu atau bapa.
Pertikaian berhubung isu berkenaan timbul berikutan kenyataan Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa penggubalan peruntukan Seksyen
107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013
berhubung persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama
kanak-kanak di bawah umur kepada Islam dibuat berdasarkan Perlembagaan
Persekutuan.
Selain itu Muhyiddin berkata, penggubalan RUU itu juga dibuat berdasarkan
keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes pertikaian kanak-kanak
'diislamkan' tanpa persetujuan kedua-dua waris.– mStar
No comments:
Post a Comment