JAWATAN PRESIDEN PKR:
ANWAR MAKIN TERJERAT
SHAH ALAM - Cadangan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti itu akan "menjerat" diri.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang,
Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor
Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, cadangan itu akan membuat Anwar
tersepit di antara kepentingan peribadi
dan parti.
Menurutnya, walaupun cadangan itu dilihat untuk
menyelesaikan masalah dalaman parti yang berlaku namun ia tidak mudah untuk
selesaikannya.
"Pindaan perlembagaan parti itu untuk meletakkan Anwar
sebagai Presiden akan menjeratkan diri Anwar.
"Ini kerana Anwar ada anak dan isteri serta sahabat
paling setia iaitu (Mohamamed) Azmin Ali.
"Memang cadangan itu untuk menyelesaikan isu dalaman
dalam parti yang semakin teruk tetapi, Anwar sendiri akan terjerat antara parti
dan kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, media melaporkan, seorang anggota perwakilan PKR
mencadangkan Anwar mengambil alih jawatan presiden berdasarkan sumbangan dan
pengorbanannya kepada parti.
Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari berkata, perkara itu
juga sah mengikut perlembagaan parti itu.
"Inilah saat terbaik untuk Anwar mengambil alih dan
menerajui kepimpinan PKR sebagai pemimpin utama parti," katanya.
Susulan itu, Anwar telah menyatakan akan menunggu
perlembagaan yang dipinda diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum membuat
keputusan.
"Kita tunggu ROS luluskan pindaan dahulu.
"Saya 'enjoy' dengan diri saya sekarang, kenapa saya...
(dipilih)," katanya.
Sehubungan itu, Azizuddin juga berkata, pelantikan Anwar
menjadi presiden adalah masa yang sesuai untuk menguatkan perpaduan di dalam
parti.
"Mungkin relevan Anwar nak jadi presiden sekarang untuk
selesaikan dan kukuhkan kembali PKR.
"PRU14 pun lambat lagi, dia masih ada masa yang cukup
untuk berbuat demikian.
"Tapi Anwar tetap juga kena bertanding untuk jawatan
tersebut," katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment