WARGA BANGLADESH PADA PRU13: ANWAR TERDESAK
SALAHKAN PIHAK LAIN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata, Anwar cuba mengalihkan pandangan kepada pihak lain selepas masyarakat
telah menyedari perkara tersebut adalah satu pembohongan yang telah direka oleh
pembangkang.
“Janganlah apabila terdesak di dinding beliau (Anwar) menyalahkan
perkara itu dibangkitkan oleh pihak lain. Sebaliknya, itu yang diulang di
setiap negeri ketika jelajah selepas PRU13 malah sewaktu kempen juga mereka
mengatakan benda yang sama,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu turut memalukan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) kerana berita tersebut telah mendapat liputan di peringkat
antarabangsa.
Penafian Anwar dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh,
Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di
Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment