LAKSANA HUDUD DI
KELANTAN HANYA 'PERMULAAN'
SHAH ALAM - Kelantan akan menjadi "permulaan" bagi
Pas untuk meneruskan pelaksanaan hukum hudud di negeri bawah naungan PR yang
lain, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Menurutnya, jika Kelantan berjaya melaksanakan hukum hudud,
ia akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaannya di negeri-negeri PR yang lain.
"Ini (Kelantan) sebagai permulaan untuk diteruskan di
negeri PR yang lain," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
berkata, Pas akan mendesak kerajaan PR yang lain untuk melaksanakan hukum hudud
di negeri-negeri yang dinaungi parti perikatan itu.
Tuan Ibrahim berkata, perkara mengenai undang-undang syariat
Islam dan hukum hudud akan dibahaskan pada Muktamar Pas ke-59 yang akan bermula
Rabu ini.
Tambahnya, jika Kelantan berjaya melaksanakan hudud, maka
wajar Pas mencadangkan undang-undang itu diperkenalkan di negeri PR yang lain.
"Kalau Kelantan berjaya, baru boleh kita cadangkan ia
dilaksnakan di negeri PR lain," ujarnya.
Bagaimanapun, Salahuddin yang juga bekas ahli Parlimen
Kubang Kerian berkata, bantuan daripada kerajaan Pusat dan pihak yang terbabit
perlu untuk merealisasikan hukum hudud itu terutama di negeri Kelantan.
No comments:
Post a Comment