Memuat naik amaran itu menerusi portal rasminya, Jabatan
Meteorologi berkata, ia adalah amaran kategori kedua kepada orang awam.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah
berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," tulis
petikan itu.
Sementara itu, amaran ribut petir menyeluruh diramalkan
meliputi kawasan perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang,
Terengganu, Sarawak (Bintulu & Miri), WP Labuan & Sabah (Pantai Barat)
dijangka berterusan sehingga tengahari ini.
"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga
50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan
berbahaya kepada bot-bot kecil.
No comments:
Post a Comment