MAT SABU TAK GENTAR
DILABEL ANUT SYIAH
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata,
beliau tidak gentar dengan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi yang mengaitkan dirinya dengan fahaman Syiah.
Malah kata Mohomad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat
Sabu, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu.
Ujarnya, sejak beliau menyertai parti Islam itu pada awal
1080-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup
saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya kepada
sebuah portal.
Tambah Mat Sabu, peguam yang dilantiknya kini sedang
menunggu tindakan lanjut Ahmad Zahid.
“Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan
dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia,” katanya.
Ahmad Zahid semalam berkata akan mendedahkan bukti dalam
waktu terdekat bagi mengesahkan dakwaannya bahawa "orang nombor dua"
Pas terbabit dengan fahaman Syiah.
Bukti itu akan didedahkan pada sidang media khas yang akan
diketuai oleh Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim
Mohamad Radzi serta pegawainya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment