BANK TAWAR SOKONGAN
KEPADA PELANGGAN TERJEJAS BANJIR
KUALA LUMPUR: Anggota Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM)yang
beroperasi di pantai timur, Johor dan Melaka akan proaktif membantu pelanggan,
individu atau perniagaan yang terjejas banjir.
Menurut kenyataan ABM di sini Isnin, bantuan yang disediakan
bank tidak terhad kepada menangguhkan pembayaran balik pinjaman rumah sahaja
tetapi juga termasuk menyusun semula pinjaman perniagaan tanpa menanggung fi
atau memberikan penggantungan sementara pembayaran balik.
"Bank memahami sekarang adalah masa yang sukar dan
memberi tekanan kepada semua isi rumah dan perniagaan yang terjejas banjir. Anggota
bank kami sedang berusaha mendekati pelanggan untuk membantu mereka pulih
kembali. Pelanggan yang menghadapi masalah kewangan akibat banjir diminta
menghubungi bank mereka secepat mungkin supaya keadaan mereka boleh dinilai dan
nasihat boleh diberi," kata Pengarah Eksekutif ABM Chuah Mei Lin.
Chuah berkata seperti tahun-tahun sebelum ini, anggota bank
akan menghulurkan bantuan semasa tempoh sukar ini dengan menyediakan
penyelesaian dan bantuan kepada pelanggan berdasarkan keadaan kewangan
masing-masing.
Orang ramai dialu-alukan menghubungi ABM melalui talian
bebas tol, ABMConnect 1-300-88-9980 yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 9
pagi hingga 5.30 petang atau menerusi laman web, www.abm.org.my. –BERNAMA
Sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment