BANJIR: MB TERENGGANU
GUNA KUASA 'VETO' TAHAN LORI GARDENIA
SHAH ALAM - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad
menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti
yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan.
Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di
kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan
itu.
Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk
anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu
lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut.
Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian,
Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala
Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu.
Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di
Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti
tersebut.
Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut
berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial.
KD: Ada yang melihat tindakan ini sebagai wajar, namun tak kurang juga yang tidak setuju dengan tindakan MB ini.. Apa pun pendapat orang ramai, KD rasa wajar dikaji situasi sebenar tempat kejadian sebelum membuat sebarang andaian..
No comments:
Post a Comment