MAT SABU TERLIBAT SYIAH:
PAS NAK TENGOK BUKTI DAHULU
SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menggesa
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan bukti yang
menyatakan pemimpin nombor dua Pas terlibat ajaran Syiah.
Beliau berkata jika benar seperti yang dikatakan menteri tersebut,
Pas akan mengambil bertindak termasuk meminta pemimpin terlibat mengangkat
sumpah.
"Zahid kemukakanlah dulu bukti, kalau Zahid ada.
"Saya tak mahu Mat Sabu sumpah dahulu, kita nak tengok
bukti dulu.
"Saya pun nak tengok (bukti), lepas itu baru kita boleh
ambil tindakan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Sabtu lalu, media melaporkan nama Timbalan Presiden Pas,
Mohamad Sabu kembali dikaitkan dengan ajaran Syiah.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahmad Zahid yang juga Naib
Presiden Umno pada ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno.
Susulan itu, Mohamad atau Mat Sabu telah menyatakan akan
mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Zahid
sekaligus mengakui beliau adalah pengikut dan pengamal ajaran Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Dalam pada itu, Harun juga berkata, dalam perlembagaan Pas
ahlinya adalah mesti daripada pengikut Sunni.
"Saya tak tahu, saya tak terima apa-apa laporan
mengenai Syiah dalam parti.
"Lagipun perlembagaan kita telah tetapkan ahli Pas
mesti mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," jelasnya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment