SYIAH: 'ISU MAT SABU,
PAS TAK TERLIBAT'
SHAH ALAM - Pas hari ini menegaskan dakwaan terhadap
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu adalah serangan peribadi dan tidak ada kena
mengena dengan parti.
Menurutnya, Mohamad atau Mat Sabu wajar mengambil tindakan
terhadap kementerian tersebut.
"Itu adalah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat
sesuatu.
"Kita tak akan masuk campur. Wajar Mat Sabu bertindak
dan ambil tindakan terhadap menteri itu," katanya kepada Sinar Harian
Online, hari ini.
Dalam pada itu, Mustafa juga berkata, Pas di peringkat pusat
tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai ajaran Syiah yang diamalkan
oleh pemimpin parti termasuk Mat Sabu.
"Kita di peringkat Pusat memang tak pernah terima
apa-apa laporan," katanya.
Dalam perkembangan sama, apabila ditanya adakah selepas
mendengar dakwaan terbuka Ahmad Zahid, Pas akan membuat siasatan terhadap
pemimpin nombor dua parti itu, Mustafa berkata :
"Kita tak akan buat demikian, sebab tak ada laporan,
itu kita serahkan kepada Mat Sabu," katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment