BANJIR: MANGSA
DINASIHAT IKUT NASIHAT PEGAWAI KESIHATAN, ELAK PENYAKIT
SUBANG: Mangsa banjir diminta mengikut arahan dan nasihat
pegawai kesihatan yang ditempatkan di pusat pemindahan bagi mengelak dijangkiti
sebarang penyakit berbahaya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramanian berkata
berdasarkan Prosedur Standard Operasi (SOP) kementerian, semua pegawai
kesihatan yang bertugas di pusat pemindahan akan memberi khidmat nasihat dari
segi makanan, minuman serta memastikan persekitaran terjamin.
Katanya kementerian menugaskan seorang pegawai kesihatan di
setiap pusat pemindahan yang menempatkan 1,000 mangsa.
"Pegawai kesihatan yang bertugas akan melawat pusat itu
(pusat pemindahan)tiap-tiap hari. Dari segi kesihatan, kami sudah bersedia dengan
SOP dan protokol bag memastikan kami mencegah penularan wabak ketika
banjir," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis
penyampaian dana RM500,000 oleh Yayasan Sime Darby untuk program pembedahan
epilepsi di Pusat Perubatan Ara Damansara (PPAD) di sini, Selasa.
No comments:
Post a Comment