PUSAT PENEMPATAN
MANGSA BANJIR PERLU DIKAJI SEMULA - JAILANI
HULU TERENGGANU: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Datuk Jailani Johari meminta supaya pusat penempatan bagi mangsa banjir di
pusat pemindahan di Hulu Terengganu dikaji semula demi keselesaan penghuninya.
Beliau berkata tempat penempatan seperti di surau dan masjid
yang kecil agak tidak selesa untuk mangsa banjir, lebih-lebih lagi jika mereka
ditempatkan dalam bilangan yang ramai.
"Sekarang juga terdapat penempatan yang bercampur
antara wanita dan lelaki dan ini sangat kurang sesuai. "Insya-Allah
perkara ini akan kita kaji supaya pada musim banjir akan datang tidak akan
berlaku lagi masalah sebegini," katanya kepada pemberita ketika ditemui
sempena lawatannya ke sekitar kampung yang terlibat dengan banjir di Hulu
Terengganu.
Dalam lawatan itu, Jailani turut memberi bantuan berupa keperluan
makanan serta pakaian untuk mangsa banjir.
Sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment