PROTON PERDANA
BERWAJAH BAHARU SEBAGAI KENDERAAN RASMI KERAJAAN
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada
Rabu melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi
kerajaan.
Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian
iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan
keselesaan.
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut
dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau
dengan plat nombor W11N.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil
Jamil dan menteri-menteri kabinet.
Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan
diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. – BERNAMA
Sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment