DAPATKAN MAKLUMAT
LENGKAP SEBELUM BELI PRODUK TELEKOMUNIKASI
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat lengkap
sebelum membeli produk telekomunikasi dan multimedia untuk memastikan mereka
mendapat perkhidmatan terbaik.
Ahmad Shabery dan Dr Elistina |
Beliau berkata walaupun kerajaan menyediakan infrastruktur
dan undang-undang bagi menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang terbaik,
langkah awal harus diambil oleh pihak pengguna sendiri bagi memastikan hak
mereka dilindungi.
Katanya InfoKONSUMER.my, portal maklumat perkhidmatan
telekomunikasi dan multimedia yang sedang dibangunkan Forum Pengguna dan
Multimedia (CFM) akan menyalurkan maklumat lengkap mengenai produk dan
peralatan telekomunikasi dan multimedia kepada pengguna.
"Portal maklumat InfoKONSUMER.my secara online yang
akan disediakan oleh CFM kelak akan membantu kerajaan dalam usaha untuk
memperkasakan pengetahuan rakyat dalam isu-isu kepengunaan membabitkan
komunikasi dan multimedia," kata Ahmad Shabery dalam ucapannya sebelum
melancarkan InfoKONSUMER.my di sini, Selasa.
Katanya portal berkenaan diwujudkan tepat pada masanya
kerana pengguna di Malaysia kerap membuat aduan di media dan di alam siber
mengenai tahap perkhidmatan telekomunikasi yang kurang memuaskan, antaranya
penyataan bil yang mengelirukan dan banyak kos-kos yang tersembunyi yang tidak
diberitahu kepada pengguna.
Ahmad Shabery berkata CFM akan mengumumkan kelak bila portal
itu beroperasi.
Sementara itu, Dr Elistina berkata maklumat yang akan
disalurkan portal itu nanti sangat berinformatif dari sumber-sumber yang boleh
dipercayai dan memberi pilihan terbaik kepada pengguna dalam membuat pemilihan
melanggan mana-mana perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia.
CFM |
InfoKONSUMER.my merupakan jalan penyelesaian kepada pelbagai
permasalahan dalam perkhidmatan jalur lebar, telefon bimbit, saluran televisyen
berbayar dan juga talian telefon tetap, katanya.
Katanya orang ramai kini boleh mendapatkan pelbagai maklumat
mengenai produk telekomunikasi dan multimedia dengan melayari laman web www.cfm.org.my.
Sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment