ISU KENAIKAN TOL: MENTERI KENA
HATI-HATI KELUAR KENYATAAN
Sumber Malaysian Insider |
SHAH ALAM - Kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh
raya menggunakan laluan biasa sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol,
dikritik Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.
Khairul Azwan dalam satu sidang media semalam menggesa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar lebih berhati-hati dalam memberikan
saranannya kepada pengguna lebuh raya.
“Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih
berhati-hati dengan apa yang dikatakan.
"Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif
terhadap keperluan rakyat,” ujar beliau.
Tambahnya, "terpulang kepada rakyat untuk memilih dan
jangan mengajar mereka".
Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang
tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan biasa.
“Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang
sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka
ada pilihan untuk tidak melaluinya,” beliau dipetik sebagai berkata.
Abdul Wahid turut menjelaskan, kerajaan terpaksa
membelanjakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya
jika mereka diberi kelonggaran untuk menangguhkan kenaikan kadar tol yang
sepatutnya disemak tiga hingga lima tahun sekali.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment