SEMUA BUKTI
MENGAITKAN MAT SABU DENGAN SYIAH DISERAHKAN KEPADA JAKIM
BAGAN DATOH: Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua
bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah
kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan
kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.
"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan
kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah
kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, Ahad.
Beliau berkata sebarang tindakan berhubung kes berkaitan
Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.
KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan
sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu
dengan Syiah.
Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum
didedahkan kepada umum.
Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum,
Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.
Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa
agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman syiah. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment