Kajian yang dilakukan oleh Universiti
Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah
memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula.
Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof
berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.
Menurutnya, ini kerana corak
pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung
meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri
Azizan Abdul Razak.
“Kajian itu menunjukkan 65 peratus
kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus
yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.
“Malah 67 peratus juga menyukai corak
kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41
peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan,
“ katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi
perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk
‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk
‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’.
Rohana yang juga berkata, kajian ini
dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat
Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh
mereka.
Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar
pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40
peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar.
“Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat
di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak
kepadanya.
“Kajian ini jalankan terhadap penduduk
di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan
kawasan bandar dan kampung,” katanya.
Rohana berkata, UUM menjalankan kajian
ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus.
No comments:
Post a Comment