PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Twitter berkata beliau telah meminta Kabinet membincangkan kontroversi terhadap pindaan Akta Keterangan 1950 berikutan bantahan 'Hari Tanpa Internet' pada Selasa.
"Apa yang kita lakukan kita harus meletakkan kepentingan
rakyat sebagai yang pertama," katanya dalam satu mesej Twitter pada
Selasa.
Sementara itu, beberapa laman web popular menyatakan
pandangan secara berbeza terhadap kempen menentang pindaan yang mencetuskan
kontroversi itu.
Pop-up 'hitam' menyambut pelawat laman-laman web yang
memberitahu Seksyen 114(a) Akta tersebut yang diwartakan baru-baru ini
mengancam hak-hak mereka sebagai pengguna Internet.
Blogger seperti kolumnis The Star Marina Mahathir dan Niki
Cheong juga mengambil bahagian dalam 'Hari Tanpa Internet', dengan tulisan
"Stop 114A".
Portal berita Malaysiakini dan Free Malaysia Today serta
Majlis Peguam juga meletakkan 'pop-up' ini di laman web mereka.
Beberapa perniagaan termasuk mobile88.my juga menggelapkan
keseluruhan laman web mereka manakala terdapat pengguna internet mengubah
gambar profil mereka di Twitter dan Facebook dengan butang "Stop
114A".
Sesetengah pihak, termasuk ahli politik Lim Kit Siang
daripada DAP dan peguam Edmund Bon, membuat pendirian mereka dengan sepenuhnya
tidak menggunakan talian internet.
Kempen ini mendapat sokongan daripada Timbalan Menteri Belia
dan Sukan Senator Gan Ping Sieu yang memanggil supaya pindaan itu dikaji
semula.
Gan berkata, undang-undang baru itu memberikan kesukaran kepada
ejen-ejen yang tidak bersalah yang terperangkap dalam kes penyalahgunaan
internet, seperti pencerobohan, kecurian identiti atau bahkan usikan di
Twitter, serta penyedia perkhidmatan internet seperti kafe siber.
"Sebagai contoh, jika seorang individu yang tidak
bertanggungjawab datang ke halaman Facebook saya dan memberikan mesej fitnah
atau kata-kata benci, adakah saya akan bertanggungjawab walaupun komen-komen
itu bukan berasal daripada saya?" kata naib presiden MCA.
Hari Tanpa Internet diselaraskan oleh Pusat Kewartawanan
Bebas (CIJ).
Ketika dihubungi, pegawai eksekutif CIJ Masjaliza Hamzah
berkata sambutan itu adalah lebih baik daripada yang dijangkakan./MStar
No comments:
Post a Comment