TAIPING: Pasukan khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)yang ditempatkan di seluruh negara, merakamkan 1,876 kesalahan lalu lintas secara bergambar sejak Ops Selamat bermula hingga Jumaat.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad
berkata pihaknya kini dalam proses mengeluarkan sama kepada pemilik kenderaan
terbabit.
"Pasukan khas ini mengenal pasti
kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya dan mengambil gambar,"
katanya ketika ditemui pemberita ketika Ops Motosikal, di Kamunting, di sini
malam Jumaat.
Beliau berkata di Perak, anggota JPJ yang
menyamar dan menaiki 52 perjalanan bas ekspres merekodkan 10 kesalahan
dilakukan pemandu seperti menggunakan telefon bimbit, memotong di garisan
berkembar serta memandu melebihi had laju.
Selain itu, sebanyak 113 kesalahan dilakukan
pemandu dicatat anggota JPJ yang menjalankan operasi di terminal bas Medan,
Gopeng, Kamunting Raya, Teluk dan Manjung. "JPJ telah mengeluarkan 47
saman di samping memberi notis-notis terhadap pemandu berkenaan," katanya.
Mengenai motosikal, Ismail berkata di Perak,
sebanyak 257 saman dikeluarkan terhadap penunggang dan pembonceng motosikal
atas pelbagai kesalahan jalan raya.
Beliau juga mendedahkan ada pemandu kenderaan
berat yang ingkar larangan menggunakan jalan raya pada 17 dan 18 Ogos lepas.
-BERNAMA
No comments:
Post a Comment